HERBA ASLI SERI KENANGAN

Herba Asli yang bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan

  • Herba Asli bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan berupaya mencegah dan merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, tairot, barah rahim, athma, ghaout, leukimia, darah berlemak, darah bergula, sakit kuning, sakit jantung, kolestrol tinggi, sakit lutut, sakit pinggang, migrain, mati pucuk, membina sel-sel baru dalam badan dan membuang sel-sel lemah, menguatkan tenaga seharian, membuang toksid kotor dalam badan. Insya-Allah jika diamalkan tubih akan menjadi sihat sepanjang hayat !
Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri
Nama Lain : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India
Famili : Eurphorbiacea



Pengenalan

Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Berdaun jenis majmuk bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract (bahagian bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga, ia itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

Kandungan kimia

  1. Geraniin
  2. Niruriside
  3. Phyllanthin
  4. Rutin

Kegunaan

Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Cara Guna

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum

Batuk: Air rebusan daun muda diminum

Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Sirih
Nama Saintifik : Piper Betle L.
Nama Lain : Sirih Jawa, Betel Leaf
Famili : Piperaceae
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Piparales



Pengenalan

Sirih merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki). Membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india.

Kandungan Kimia

Sirih terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.

Minyak atsiri dari daun sirih mengandung minyak terbang (betIephenol), seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman, antioksida, antifungus dan anti kulat.

Kegunaan :

  1. Batuk
  2. Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
  3. Bronchitis
  4. Jerawat
  5. Keputihan
  6. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
  7. Demam berdarah
  8. Bau mulut
  9. Haid tidak teratur
  10. Asma
  11. Radang kerongkong
  12. Luka terbakar
  13. Kudis, kurap kaki
  14. Bisul dan menghilangkan gatal
  15. Sakit mata

Antara kaedah penggunaan.

  • Untuk mengubati hidung berdarah, cuci 2 helai daun sireh segar, digulung kemudian dimasukkan ke dalam lubang hidung.
  • Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing.
  • Untuk Nafas berbau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.\
  • Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.
  • Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Kapulaga
Nama saintifik : Amomum cardamomum Wild.
Kerajaan : Plantae
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Zingiberales
Familia : Zingiberaceae


Pengenalan

Kapulaga merupakan sejenis pokok herba dalam bentuk rumpun, rizomnya seperti halia. Rasanya agak pahit dan bersifat hangat. Kapulaga memiliki aroma yang wangi sehingga orang Inggeris menyanjungnya sebagai grains of paradise.

Kandungan kimia

Kapulaga mengandung minyak atsiri, sineol, terpineol, borneol, protein, gula, lemak, silikat, betakamfer, sebinena, mirkena, mirtenal, karvona, terpinil asetat, dan kersik. Aroma yang harum berasal dari kandungan minyak asiri yang mengandung lima zat, iaitu:

  1. Borneol (sejenis terpena) yang berbau kamper seperti yang dapat dihidu dalam getah pohon kapur barus
  2. Alfa-terpinilasetat yang harum seperti bau jeruk pettigrain
  3. Limonen yang juga harum seperti bau jeruk keprok
  4. Alfa terpinen yang harum seperti jeruk sitrun
  5. Sineol yang sedap agak pedas menghangatkan seperti minyak kayu putih.

Kombinasi bau kamper, jeruk pettigrain, jeruk keprok, jeruk sitrun dan minyak kayu putih inilah yang membentuk aroma khas kapulaga.

Kegunaan

  1. Batuk, Influenza (Selesema)
  2. Menghilangkan Bau Badan
  3. Demam Dan Panas
  4. Kejang Perut Dan Rematik
  5. Pencegah Mual
  6. Radang Amandel (Anak Tekak), Radang Lambung
  7. Gangguan Haid
  8. Sesak Nafas
  9. Tulang Rapuh

Nota :

Dalam dunia ubat-ubatan biji yang telah dikeringkan dinamakan semen cardamomi. Selain biji, akar, buah dan batangnya juga digunakan untuk perubatan.

Beberapa kilang bahan perasa juga mengekstrakkan minyak asiri dari biji kapulaga menjadi oil of cardamom yang kemudian diisi dalam botol. Dalam bentuk minyak ini pula, kapulaga digunakan untuk menyedapkan soft drink dan ais krim Amerika di kilangnya.

Posted by admin 0 comments

Kunyit Putih

Familia : Zingiberaceae
NAMA DAERAH Jawa : kunci pepet, temu rapet, ardong (Jawa), kunir putih (Sunda). Madura: konce pet. Melayu: temu putri, t. rapet.
NAMA ASING : Kaempferiae rotundae Rhizoma (kunci pepet).
Penyakit Yang Dapat Diubati : Rimpang rasanya pahit, sifatnya sejuk. Berkhasiat antiradang, peluruh kentut (karminatif), dan mempercepat penyembuhan luka.




Uraian : Kunci pepet atau kunir putih sering disebut "kunyit putih" atau "Curcuma alba", sebutan nama latin yang salah. Kerana daunnya bercorak indah dan tumbuhnya tidak tinggi maka sosoknya menyerupai tanaman hias sehingga sering ditanam di pekarangan atau di dalam pot. Kunci pepet juga boleh dijumpai tumbuh liar di beberapa tempat di bahagian timur Jawa sampai ketinggian kurang dari 750 m dpl. Selain digunakan sebagai campuran jamu tradisional, kunci pepet juga sering digunakan untuk kosmetik tradisional.

Ada dua fase tumbuh kunci pepet. Yang pertama disebut fase vegetatif, iaitu pertumbuhan normal seperti biasa dengan daun dan batang semu. Yang kedua, iaitu fase generatif. Pada fase ini yang terlihat hanya bunga-bunganya saja. Tanaman ini terdapat pada dataran rendah dengan ketinggian kurang dari 750 m dpl. Banyak ditemukan di Sumatera dan Jawa. Selain itu, juga ditemukan di India, Srilanka, dan Malaysia. Terna tahunan dengan tinggi 30-70 cm ini tumbuh merumpun dengan batang semu yang tumbuh dari rimpangnya. Daun tunggal, helaian daun berbentuk lanset, panjang 20-30 cm, lebar 7,5-10 cm, ujung runcing, pangkal berpelepah, tepi rata, warnanya hijau muda dengan bahagian tengah bercorak warna coklat. Bunga keluar dari rimpang dengan batang semu yang amat pendek. Bunga boleh tumbuh berkumpulan, sering mekar beberapa kuntum sekaligus, warnanya ungu muda kemerahan. Akarnya berdaging membentuk rimpang yang tidak terlalu besar, iaitu seukuran telur puyuh. Dari rimpang induk keluar akar-akar kasar yang ujungnya terdapat anakan rimpang yang berair dan tampak tumbuh berkumpulan menutupi rimpang induk. Jika rimpang dibelah terlihat warnanya putih pucat, berserat halus, dan rasanya pahit. Jika telah keluar bunga, menandakan rimpang siap di panen. Umbi muda bisa dijadikan lalap. Perbanyakan dengan rimpang.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN

Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah rimpangnya.

INDIKASI

Rimpang digunakan untuk mengatasi: gangguan pencernaan, sakit perut, perut mulas, dan bengkak kerana memar, terseliuh

CARA PEMAKAIAN

Untuk pemakaian luar, gunakan parutan rimpang untuk menurap bahagian tubuh yang memar, terseliuh, dan bisul yang sulit pecah. Setelah digiling halus menjadi serbuk, rimpang induk yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai bedak.

CONTOH PEMAKAIAN DI MASYARAKAT

Bengkak, memar, bisul Cuci bersih rimpang induk kunci pepet yang segar, lalu tumbuk sampai halus. Jika menggunakan rimpang kering, tambahkan sedikit air. Tampalkan hasilnya pada bahagian tubuh yang memar atau bengkak, lalu balut.
Mengeluarkan angin dari perut Seduh serbuk kunci pepet sebanyak satu senduk teh dengan secawan air panas, lalu tutup. Setelah dingin, minum beningannya.

Komposisi :

Rimpang mengandung minyak asiri berwarna kuning muda, agak berbau, mengandung borneol, sineol, metil khavikol, dan saponin.
Kunyit putih diyakini memiliki khasiat antikanser. Meski demikian cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser. Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi jahe dan berwarna kuning muda (krem). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan bubuk, warnanya tetap kuning muda (krem).

Menurut Kepala Direktorat Pengawasan Obat Tradisional Ditjen POM, Ketut Ritiasa, penelitian tentang kunyit putih telah dilakukan di Cina sejak tahun 1988. Kunyit putih diketahui mengandungi minyak atsiri yang terdiri atas curdione dan curcumol.
Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas penyebab tumbuhnya sel kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. "Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa kehamilan kerana dapat mengakibatkan keguguran," ingat Ketut.
Kecil ukurannya. Tapi jangan diremehkan khasiatnya. Kunyit putih alias temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional. Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putih merupakan tanaman rimpang atau umbi-umbian. Selintas tanaman ini serupa dengan temu mangga, sebab warnanya sama-sama putih.

Kunyit atau kunir putih juga berbeza dengan kunyit kuning yang berwarna kuning. Tanaman ini bermanfaat untuk melegakan perut yang kembung. Bahkan sebahagian orang menyakininya dapat mencegah kanser. Juga ada yang mengklaimnya sebagai ubat kanser.

Boleh jadi ini kerana kunir putih memiliki sifat antikanser lewat kerja imunomodulator-nya. Ekstrak kedua tanaman ini pada percubaan mencit ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan toksisitas sel pembunuh kanser (natural killer) dan sintetis antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser.

Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan: Temu lawak
Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza
Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili: Zingiberaceae
Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara


Pengenalan :

Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.

Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%).

Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

Temulawak dan Kunyit

Disamping sebagai obat tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetika , dan zat pewarna terutama pewarna makanan.
Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri.

Kurkuminoid berwarna kuning . Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.
Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala rimpang temulawak 3-12%.
Dari komposisi tersebut terlihat bahwa kandungan minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih banyak dalam kunyit.

Sedangkan untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55 C, supaya tidak merusak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid.

Penanaman

Pada umumnya penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran.
Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada temulawak.

Ini terbukti jumlah temulawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.

Demikian pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia, farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan .
Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan secara ala kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun

Kandungan Kimia

Temulawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.

Sifat & Khasiat

Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.

Kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

  1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.
  2. Ubat demam( anti-pyretic)
  3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
  4. Penyakit kulit
  5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
  6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
  7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
  8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
  9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
  10. Penyakit kencing manis.
  11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah. Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

Cara penggunaan

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan

(peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.


Temulawak dan penyembuhan Hepatitis


Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.

Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan Atlantik kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.

Penyakit jantung koroner

Disamping sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).

Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.

Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih belum jelas.

Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti belum jelas.


Temulawak & Kanser Payudara

Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.

Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.

Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.
Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.

Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.

Minum Rebusan Temulawak untuk Reumatik

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.

Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Pegaga

Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae

Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica


Keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Fakta sejarah

Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu

Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia

  1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
  2. Pegaga Daun Lebar
  3. Pegaga Kelantan
  4. Pegaga Renek
  5. Pegaga Salad
  6. Pegaga Gajah
  7. Pegaga Brunei

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

  1. Pembengkakan Hati
  2. Demam, Campak
  3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
  4. Asma, Brokitis, Pleuritis
  5. Radang Mata Merah
  6. Keputihan
  7. Tekanan Darah Tinggi
  8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  9. Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
  10. Keracunan Makanan
  11. Batuk Darah, Muntah Darah
  12. Busung, bisul
  13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah.

Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.

Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan: Kunyit Hitam

Nama Saintifik: Curcuma Caesia

Nama Lain: Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary

Famili: zingiberaceae

Klafikasi saintifik

Kingdom: Plantae
Division : Magnoliophyta
Class: Liliopsida
Order: Zingiberales
Family: Zingiberaceae
Subfamily: Zingiberoideae
Tribe: Zingibereae
Genus : Curcuma

Pengenalan

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya

Kegunaan

Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.

Subscribe to My Blog

Subscribe Here