HERBA ASLI SERI KENANGAN

Herba Asli yang bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan

  • Herba Asli bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan berupaya mencegah dan merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, tairot, barah rahim, athma, ghaout, leukimia, darah berlemak, darah bergula, sakit kuning, sakit jantung, kolestrol tinggi, sakit lutut, sakit pinggang, migrain, mati pucuk, membina sel-sel baru dalam badan dan membuang sel-sel lemah, menguatkan tenaga seharian, membuang toksid kotor dalam badan. Insya-Allah jika diamalkan tubih akan menjadi sihat sepanjang hayat !
Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri
Nama Lain : Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India
Famili : Eurphorbiacea



Pengenalan

Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Berdaun jenis majmuk bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract (bahagian bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga, ia itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

Kandungan kimia

  1. Geraniin
  2. Niruriside
  3. Phyllanthin
  4. Rutin

Kegunaan

Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Cara Guna

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum

Batuk: Air rebusan daun muda diminum

Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

Categories:

0 Responses

Post a Comment

Subscribe to My Blog

Subscribe Here