HERBA ASLI SERI KENANGAN

Herba Asli yang bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan

  • Herba Asli bermutu tinggi keluaran Seri Kenangan berupaya mencegah dan merawat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, batu karang, buasir, tairot, barah rahim, athma, ghaout, leukimia, darah berlemak, darah bergula, sakit kuning, sakit jantung, kolestrol tinggi, sakit lutut, sakit pinggang, migrain, mati pucuk, membina sel-sel baru dalam badan dan membuang sel-sel lemah, menguatkan tenaga seharian, membuang toksid kotor dalam badan. Insya-Allah jika diamalkan tubih akan menjadi sihat sepanjang hayat !
Posted by admin 0 comments

Nama Tempatan : Sirih
Nama Saintifik : Piper Betle L.
Nama Lain : Sirih Jawa, Betel Leaf
Famili : Piperaceae
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Magnoliopsida
Order : Piparales



Pengenalan

Sirih merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki). Membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus. Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india.

Kandungan Kimia

Sirih terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol, sineol, eugenol, karvakol) ini digunakan untuk mengubati keputihan, nafas @ badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.

Minyak atsiri dari daun sirih mengandung minyak terbang (betIephenol), seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan chavicol yang memiliki daya mematikan kuman, antioksida, antifungus dan anti kulat.

Kegunaan :

  1. Batuk
  2. Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
  3. Bronchitis
  4. Jerawat
  5. Keputihan
  6. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
  7. Demam berdarah
  8. Bau mulut
  9. Haid tidak teratur
  10. Asma
  11. Radang kerongkong
  12. Luka terbakar
  13. Kudis, kurap kaki
  14. Bisul dan menghilangkan gatal
  15. Sakit mata

Antara kaedah penggunaan.

  • Untuk mengubati hidung berdarah, cuci 2 helai daun sireh segar, digulung kemudian dimasukkan ke dalam lubang hidung.
  • Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing.
  • Untuk Nafas berbau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.\
  • Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.
  • Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya, kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Categories:

0 Responses

Post a Comment

Subscribe to My Blog

Subscribe Here